Sejarah
Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di
Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang
beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
[2]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang
Asia Selatan, terutamanya orang
Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang
Arab, orang
Parsi dan orang
Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan
Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan
U Nu
dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam
Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen
antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora
Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho
Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
[perlu rujukan]
Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan
-
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan
keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan
kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai
bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran
paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan.
Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan
raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri
Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang
Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’
(‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan
"pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut,
menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan
mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam
negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus
kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan
masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya
yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke
Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman
mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa
bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi,
lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak
kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam
Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pelarian
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya
yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri
negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978
kesan daripada
Operasi King Dragon di Arakan.
Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya,
seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah
Cox's Bazar
di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara
tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil
berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,
Pakistan,
Arab Saudi,
UAE,
Thailand,
Malaysia dan
Indonesia. Bermula pada tahun 2005,
UNHCR
telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh,
tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian
tersebut telah mengancam usaha ini.
[5]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian
Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak
diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di
Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada
kerajaaan.
[6] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh
pelaut-pelaut
Aceh di
Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
[7]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.
Penafian hak warganegara
Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan
Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.
Menurut
Perlembagaan Myanmar,
hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan
daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai
warganegara.
Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara
rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan
negara ini.
Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan
status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan
yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak.
[8]